Sunday, February 12, 2012
White Henna Body Bleaching
White Henna Body Bleaching
Perolehi tubuh yang lebih cerah berseri hanya di rumah anda!
Set “body bleaching” ini membantu anda mencerahkan kulit tubuh dengan langkah mudah dan anda akan perolehi hasilnya selepas 30 minit sahaja!
Cara Digunakan:
- Bersihkan badan dengan air. Selepas badan dikeringkan, sapu sedikit losyen di kawasan yang hendak di “bleaching”.
- Tuang dan campurkan cecair dan serbuk White Henna seperti yang disarankan dalam mangkuk kecil.
- Sapu campuran berkenaan ke seluruh bahagian tubuh hingga menutupi semua kulit.
- Biarkan selama 30 minit sebelum dibersihkan dengan air.
Awas!
- Selepas dicampurkan, gunakannya sehingga habis. Bahan-bahan yang belum dicampurkan boleh disimpan dalam bekas asal untuk kegunaan seterusnya.
- Set ini tidak sesuai untuk kulit muka dan leher kerana mengandungi bahan yang lebih banyak.
- Jangan cukur, garu atau cabut bulu-bulu di bahagian tubuh sebelum menyapu krim.
- Kulit yang mengalami masalah seperti jerawat badan, parut teruk, kesan melecur dan lain-lain tidak digalakkan disapu dengan campuran krim ini.
- Simpan set ini jauh dari tempat panas atau cahaya matahari.
- Elakkan krim atau bahan-bahan ini dari terkena mata. Jika terkena mata, basuh dengan air bersih segera.
- Sekiranya kulit mengalami kemerahan atau alergik, berhenti menggunakan krim ini.
- Jauhkan set ini dari kanak-kanak.
Ujian Kesesuaian
- Uji sebelum digunakan dengan menyapu sedikit krim yang sudah dicampurkan ke bahagian lengan. Jika muncul kemerahan, berhenti menggunakannya dan basuh dengan air.
Saranan
- Bagi mereka yang bertubuh S dan M, guna separuh sahaja untuk seluruh tubuh sudah mencukupi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
nk sapu losyen ape ye sblm bleach tu?? xfhm.. n kne pakai losyen lg ke slps bleach tu kalau nk kua rumah.. ade sranan bgitu.. losyen ape ye?? or sume jnis losyen bleh>> even nivea?? plezzz terangkan
Post a Comment