CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 8, 2012

White Henna Facial Bleaching




White Henna Facial Bleaching
Dapatkan wajah yang cerah berseri dalam masa 30 minit sahaja!

Cara digunakan:

1. Bersihkan wajah dengan pencuci muka lembut. Kemudian, keringkan wajah dengan tuala bersih.

2. Tuang dan campurkan cecair No. 1, No. 2 dan serbuk inai putih seperti dicadangkan ke dalam mangkuk kecil.

3. Menggunakan spatula, gaul campuran krim dengan sempurna dan kemudian sapukan pada wajah kecuali pada bahagian mata, kening, bibir dan rambut.

4. Elakkan dari menggerakkan otot muka.

5. Selepas 30 minit, bersihkan wajah dengan air biasa.

6. Wajah yang telah di ‘bleach’ agak sensitive. Elakkan dari terdedah pada cahaya matahari terus untuk jangka masa tertentu (24-36 jam)

Cadangan penggunaan:

Untuk wajah sahaja: Gunakan separuh sahaja dari Solution No.1, No.2 dan serbuk White Henna.

Untuk wajah dan leher: Gunakan kesemuanya Solution No.1, No.2 dan serbuk White Henna.

Bagi mereka yang bermuka kecil, boleh gunakan separuh sahaja untuk wajah dan leher.

Saranan bagi mendapatkan kesan optimum:

1. Berhenti guna semua jenis krim pencerahan sekurang-kurangnya 1-2 minggu sebelum menggunakan facial bleaching.

2. Gunakan facial bleaching semula 3-4 hari selepas kali pertama menggunakannya. Selepas melihat adanya perubahan, gunakan secara mingguan.

3. Jangan cukur atau garu wajah sebelum dan selepas memakai facial bleaching.

4. Jangan mendedahkan wajah yang baru di ‘bleaching’ pada cahaya matahari terus.

5. Tidak digalakkan dipakai pada wajah yang mempunyai jerawat atau parut teruk.

Awas!

1. Pastikan krim atau cecair solution tidak terkena pada mata. Jika terkena, basuh dengan air bersih segera.

2. Jika terdapat ruam atau alergik, berhenti menggunakan krim dan dapatkan pandangan doktor.

3. Jauhkan White Henna Facial Bleaching dari kanak-kanak.

4. Selepas dicampurkan, gunakan kesemua krim. Tidak boleh disimpan. Kandungan yang boleh dicampur boleh disimpan dalam bekas asal untuk kegunaan seterusnya.

5. Simpan White Henna Facial Bleaching yang belum atau sudah digunakan jauh dari kepanasan atau cahaya matahari.

0 comments:

Post a Comment